Single The Album (album Blackpink)

"How You Like That", dikeluarkan pada 26 Jun 2020, menjadi single pra-keluaran pertama dari The Album.[32] Keluaran lagu itu diikuti dengan sebuah muzik video arahan Seo Hyun-seung, dikeluarkan di saluran rasmi YouTube kumpulan ini pada hari yang sama.[33] Muzik video ini mengumpulkan 86.3 juta kali tayangan dalam hari pertama pelancarannya, memecahkan rekod untuk video yang paling banyak ditonton dalam tempoh 24 jam pertama yang sebelum ini dipegang oleh BTS "Boy with Luv"[34] dan video terpantas yang mencapai 100 juta kali tayangan, dalam tempoh 32 jam setelah selepas dikeluarkan.[35] Pada 16 Julai, sebuah versi fizikal dikeluarkan untuk penjualan di laman rasmi Blackpink, menampilkan lagu tersebut dan muzik instrumentalnya.[36] Lagu tersebut menduduki di nombor 33 di carta Billboard Hot 100, menjadikan penampilan pertama 40 besar kedua Blackpink.[32] Di Korea Selatan, lagu ini menaiki nomboor 12 di Carta Digital Gaon.[37] Pada minggu berikutnya, lagu ini naik ke kedudukan pertama, menjadikan single Blackpink ketiga yang mencapai kedudukan pertama di negara tersebut.[38]

"Ice Cream" bersama Selena Gomez dikeluarkan sebagai single pra-keluaran kedua dari album ini pada 28 Ogos. Single ini kemudian dikeluarkan di radio hit kontemporari pada 1 September 2020.[39] Lagu ini menaiki carta lagu Billboard Hot 100 di nombor 13, menjadikan lagu ini sebagai single Blackpink yang memiliki kedudukan carta lagu tertinggi di AS.[40] Lagu ini juga mencapai kedudukan ke-8 pada minggu kedua di Korea Selatan.[41] Sebuah muzik video rasmi untuk lagu ini dikeluarkan pada 28 Ogos 2020. Video itu menunjukkan Selena Gomez dan Blackpink di beberapa set dan pakaian yang berwarna pastel dan cerah.[42]

Pada 28 September, "Lovesick Girls" diumumkan sebagai single ketiga yang akan dikeluarkan pada 2 Oktober 2020. Lagu ini juga diumumkan menjadi single utama dari album itu.[29]

Rujukan

WikiPedia: The Album (album Blackpink) http://www.billboard.com/articles/columns/k-town/9... http://www.billboard.com/articles/columns/k-town/9... http://pop.heraldcorp.com/view.php?ud=202006131006... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20200628000... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20200904000... http://en.ygselect.com/Product/Detail/view/pid/564... http://www.ygselect.com/shop/shopdetail.html?brand... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/online.g... http://osen.mt.co.kr/article/G1111444706 http://web.archive.org/web/20200926120627/https://...